Saturday, 7 April 2012

Pesan Ummi


Sesungguhnya zaman remaja adalah saat indah yang sangat menyeronokkan. Keindahannya membuatkan kita mengenal pelbagai suasana baru tentang kehidupan; perubahan watak, ciri dalaman dan wajah luaran.
Namun, jangan pula dilupa akan hakikat remaja yang memerlukan persediaan jiwa dan fizikal untuk merentas kehidupan ke arah zaman yang lebih dewasa. Ibarat kata pepatah ‘Awal dibuat, akhir diingat’. Itulah sebenarnya fasa untuk mengumpul bekal kekuatan dari segi akal dan emosi supaya kematangan dan ketabahan seseorang ketika dewasa kelak penuh tradisi.  Hakikatnya, akal insan yang bergelar remaja cenderung memilih sesuatu yang memberikan nikmat kepadanya.
Buat dirimu wahai remaja, jadilah seperti sepohon kurma yang jatuh daripada kejelikan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan; Apabila dilempar dengan batu ia menggugurkan buahnya, sentiasa menghijau, baik pada musim dingin mahupun pada musim panas serta banyak manfaatnya.
Berusahalah menjadi remaja yang ada jati diri dan matlamat hidup yang jelas. Juga tahu tujuan sebenar dirimu ada di bumi ILAHI ini. Sesungguhnya, zaman remajamu hari ini bukanlah waktu untuk bersenang lenang mencipta kepuasan, tetapi ia merupakan “peperangan” untuk menentukan corak hidup yang akan dilalui kelak.
Jika ditanya apakah zaman yang dilalui dapat diundur semula, maka jawapannya amatlah mudah, Tidak! Aturlah perjalanan hidupmu agar ia dapat dilalui dengan penuh bahagia. Jadilah insan yang akhirnya dapat berbangga dengan kehidupan remajanya kerana zaman yang dilalu itu ada nikmat yang telah dikecap .

Intan sayang Mama Ida & Umie Malina
Terima Kasih untuk segalanya <3

No comments:

Post a Comment